Harimau Berkeliaran Di Jalan Raya


Seekor harimau Sumatera keluar dari hutan dan berkeliaran di sebatang jalan raya di Siak, wilayah Riau.

Haiwan itu didapati berkeliaran dan menyeberangi jalan raya di Pusakom, manakala kelibatnya dirakam oleh seorang penduduk yang menaiki kenderaan sebelum ia menjadi tular di media sosial.


Pemandu kenderaan tersebut berhenti untuk merakam aksi raja rimba tersebut.

Berikutan kemunculan haiwan tersebut, sebuah unit pasukan pemuliharaan sumber alam Siak turun ke lokasi itu Sabtu lalu.

Ketua unit berkenaan, Genman Suhefti Hasibuan menyatakan, lokasi harimau itu muncul adalah di kawasan tanaman hutan industri, PT Arara Abadi.

Menurutnya, harimau itu berkemungkinan mahu membaham lembu peliharaan dan berkeliaran di kawasan tanaman hutan tersebut.
 

0/kiriman komen