Mirip Rajinikanth


Tular di media sosial seorang lelaki yang  memiliki wajah mirip pelakon terkenal, Rajinikanth.


Lelaki bernama Sudhakar Prabhu itu merupakan pemilik sebuah kedai teh. 

Prabhu yang dilihat memakai sepasang seluar pendek dan kemeja, bercakap dengan beberapa orang sambil meniru gelagat pelakon itu.

Persamaan Prabhu dengan Rajinikanth pertama kali disedari oleh seorang pelakon dan pengarah, Nadirshah yang berada di Fort Kochi untuk penggambaran filem.

Nadirshah menulis: “Mengagumkan! Sudhakara Prabhu dari Fort Kochi yang serupa dengan Rajinikanth. Walaupun namanya seperti bangsawan, dia bekerja di kedai teh.”

Selepas gambar dan videonya viral, Prabhu telah dijemput ke pelbagai acara dan majlis di seluruh negeri Kerala.

 

0/kiriman komen