Sebuah lori syarikat pengutipan sisa pepejal nyaris terbakar apabila sampah peranti elektronik iaitu ‘power bank’ dipercayai dibuang ke dalam tong sampah kediaman telah mengeluarkan asap sekali gus boleh mengundang kebakaran lebih besar.
Video kejadian itu dimuat naik seorang pekerja syarikat pengutipan sisa pepejal dan dia menasihati pengguna agar mengasingkan sampah terutama membabitkan peranti elektronik.
“Kejadian baru tadi berlaku. Semoga jadi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati. Asingkan sampah yang tidak sepatutnya,” katanya .
Dalam video ini, kelihatan asap keluar dari dalam lori yang dipenuhi sampah dan dia meminta rakan sekerjanya untuk mengeluarkan sampah yang terbakar.
“Janganlah buat macam ni. Bahaya boleh terbakar lori. Nasib baik sedar. Kalau tak, masuk dalam memang terbakar lori. Kalau terbakar satu lori, tak boleh buat apa,” katanya lagi.
Selain itu kelihatan seseorang turut membantu menyiram air pada sampah tersebut, manakala seorang pekerja mengeluarkan barang yang terbakar dipercayai ‘power bank’.
Barang-barang macam tu janganlah dibuang sekali dengan sampah biasa. Meletup terbakar,sebab tu power bank, bateri kena asing, jangan main buang begitu saja.
Catat Ulasan