Tular di media sosial Indonesia situasi majlis akad nikah yang diadakan tepat pukul 3 pagi.
Menerusi video ini memaparkan perkongsian seorang jurusolek mengenai pengalamannya mendandan pengantin pada awal pagi.
Dua jurugambar yang bertugas di majlis tersebut kelihatan cuba menyegarkan diri di luar rumah pengantin dengan mengambil minuman dan makanan ringan walaupun sudah mengantuk.
Selepas segala persiapan selesai, pengantin perempuan diarak ke meja akad nikah oleh dua peneman sambil diperhatikan beberapa tetamu undangan.
Pasangan pengantin kemudian duduk di meja akad nikah bersama kadi, wali dan saksi.
Terbaiklah kadi sanggup mengahwinkan pengantin pada awal pagi,Bayangkan pukul berapa dia mula bersolek? Tak mengantuk ke?.
Catat Ulasan