Pengemis Pocong, Puntianak


Polis Depok, wilayah Jawa Barat membuat rondaan khas bagi memburu pengemis yang berpakaian seperti pocong dan puntianak di jalan-jalan sekitar bandar tersebut sehingga menyebabkan orang ramai ketakutan,.


Menurut ketua polis tempatan, Mohamad Thamrin, pasukannya melakukan rondaan pada malam semalam, namun kumpulan pengemis berkostum hantu itu tidak ditemui.

“Semalam kami melakukan rondaan mencari pengemis, namun mereka tidak muncul."

“Pasukan kami bergerak ke lokasi yang dilaporkan sering menjadi kawasan tumpuan mereka di Jalan Raya Margonda, namun tiada pocong ditemui,” katanya.

Sebelum itu,video yang  tular  memaparkan sebilangan pengemis memakai kostum hantu berlegar-legar di jalanan sambil membawa kotak sumbangan.

Mereka bukan sahaja mengemis, bahkan menakut-nakutkan orang ramai sehingga ada yang ketakutan.

Memang menjengkelkan orang yang suka mengemis begini. Anda masih muda, berbanding bekerja, anda memilih untuk mengemis.
 

0/kiriman komen