Seorang usahawan dan isterinya diuji kejadian mistik apabila muncul segumpal rambut dalam laksa yang direbus untuk dijual.
Bagi memastikan ia bukan kesilapan ketika menyediakan bahan tersebut, mereka memasak laksa yang baharu kali kedua, namun kejadian sama turut menimpa.
Kedua-dua mereka kelihatan amat kecewa kerana dipercayai kejadian tersebut berlaku susulan hasad dengki pihak tertentu.
“Hari ni cadang niaga laksa sebab ramai rindu nak makan laksa kami. Kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mi laksa kejap ja sebab sebab solekkan isteri sambil tunggu laksa masak.
“Alih-alih ni jadinya. Dua kali rebus tetap sama, mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat kami macam ni,”katanya.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, malah ada yang turut berkongsi kejadian serupa.
Pernah terjadi kepada seorang sahabat. Masak kuah laksa malam sebab esok nak niaga. Bangun pagi nak panaskan, buka tudung periuk ulat penuh.
Ada juga pernah baru masak terus berbuih. Pelik sebab kuah laksa adalah kuah yang susah nak basi, lagi panaskan, lagi sedap.
Ada juga yang mencadangkan supaya pasangan tersebut membawa gumpalan rambut itu ke makmal bagi menjalani proses pengecaman dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Catat Ulasan