Petani Bawa Buaya Hidup Ke Stesen Janakuasa


Sekumpulan petani di negeri Karnataka telah membawa seekor buaya semasa menghadiri protes di sebuah stesen janakuasa elektrik.

Dalam klip video ini, petani-petani  tersebut membawa seekor buaya hidup ke stesen janakuasa Hubli Electricity Supply Company Limited (HESCOM), daerah Vijayapura.

Mereka mengugut untuk meninggalkan reptilia tersebut jika kakitangan stesen gagal menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang kerap terputus.


“Disebabkan tiada bekalan elektrik, kami berdepan ancaman setiap hari akibat pelbagai reptilia berbahaya termasuk ular dan buaya berkeliaran di sawah kami."

“Keadaan yang gelap selepas waktu petang menimbulkan ancaman serius kepada kami yang bekerja di ladang dan juga penduduk kampung lain,” kata seorang petani.

Apabila menemui buaya hidup di premis mereka, pegawai HESCOM menghubungi polis dan pegawai hutan untuk mendapatkan bantuan.

Selepas menyaksikan kejadian ‘luar biasa’ di luar pejabat mereka, pegawai HESCOM memberi jaminan kepada petani bahawa bekalan elektrik tidak akan terputus lagi.
 

0/kiriman komen