Rambut Tersangkut Pada Roda Ferris


Tular di media sosial Indi rambut seorang gadis tersangkut pada rangka besi roda Ferris.

Kejadian berlaku semasa perayaan tempatan yang disambut di seluruh India.

Ketika menaiki roda Ferris, gadis itu melepaskan rambutnya keluar gerabak. Selepas dua pusingan, gadis itu menjerit kesakitan apabila rambutnya tersangkut.


Menerusi video  ini  memaparkan situasi di mana roda Ferris itu dihentikan bagi mengelakkan gadis itu cedera.

Dua  lelaki memanjat roda Ferris itu dan berusaha melepaskan rambut mangsa. 

Mereka kemudian terpaksa memotong rambutnya menggunakan pisau.

0/kiriman komen