Senang Dapat ‘Parking’ Selepas Baca Doa


Keajaiban kuasa doa makan terbukti apabila urusan mencari tempat letak kereta menjadi lebih mudah.

Ramai yang teruja dengan pendekatan yang dipaparkan oleh beberapa individu yang membaca doa makan bersama-sama sambil mencari tempat parking yang kosong.

Reaksi kegembiraan juga jelas kelihatan sebaik mereka mendapat parkir kosong sehingga mencuit hati orang ramai.


Ramai netizen turut berkongsi mengenai pengalaman berkenaan dan mengakui semua itu adalah atas keizinan Allah.

“Tiap kali cari parking mesti baca doa makan, sekali pusing memang ada rezeki,” kata  seorang netizen bernama Shazlyn.

“Memang betul menjadi, satu lagi mak saya pesan baca doa makan bila tengah cari barang. Memang akan jumpa,” ulas Mama Si Noah.

“Akak pun selalu buat, suruh anak-anak baca bila nak cari parking dan memang selalu dapat. Alhamdulillah dengan izin Allah,” tambah Shania. 
 

0/kiriman komen