Terkejut Vila Ditempah Mesra Alam ‘Ghaib’


Kejadian misteri dialami sekumpulan rakan yang terkejut apabila mendapati vila yang disewa menerusi internet sebenarnya sebuah rumah terbiar dipenuhi semak-samun.

Kejadian tersebut berlaku di Puncak, Bogor, wilayah Jawa Barat.

Menurut kumpulan tersebut, mereka menggunakan laman web untuk membuat tempahan vila tersebut berbanding menggunakan aplikasi tempahan online.

Sejurus tiba di penginapan yang dituju, mereka terkejut apabila mendapati penginapan tersebut merupakan sebuah vila terbengkalai dikelilingi semak-samun.

Vila tersebut juga mempunyai jarak yang amat jauh dari pintu masuk selain rumah tersebut hampir tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh pokok dan semak-samun.

Kumpulan tersebut juga didengari bertanya antara satu sama lain sama ada rumah itu adalah lokasi yang sebenar.


Namun, mereka mengaku tidak berani untuk turun di situ.

Disebabkan keliru dan ketakutan, kumpulan tersebut akhirnya membatalkan hasrat mereka untuk menginap di vila itu selain tidak menemui penjaganya.

Konsep vila ini adalah bersatu dengan alam, alam ghaib.Bagaimana anda boleh menempahnya (vila)? Tidakkah anda membaca ulasan penyewa lain?.

0/kiriman komen