Gerai Peniaga Rosak


Sebuah helikopter yang mendarat di sebuah padang di daerah Pangandaran, Jawa Barat menyebabkan beberapa gerai jualan di kawasan berhampiran roboh.

Tiupan angin kencang daripada kipas helikopter menyebabkan gerai milik penduduk rosak teruk, malah kain kanopi yang menutupi kedai diterbangkan angin ketika kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dalam insiden pendaratan helikopter itu, namun penduduk panik kerana hayunan bilah helikopter menyebabkan kerosakan.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan) Sabtu lalu.


Barang-barang dan peralatan di gerai peniaga diterbangkan angin sehingga menutup jalan utama. 

Salah seorang peniaga yang menjadi mangsa kejadian, Siti Ipah mengakui dia panik mendengar penduduk menjerit selepas barang mereka berselerakan.

“Saya tidak tahu ada helikopter yang mendarat. Saya cuma tahu ada aktiviti. Tiba-tiba helikopter tiba."

“Pada mulanya penduduk gembira melihatnya, tetapi tiba-tiba semua panik kerana angin sangat kuat dan merosakkan semua kedai,” katanya
 

0/kiriman komen