Nenek Jurugambar Perkahwinan


Aksi lincah seorang nenek yang menjadi jurugambar sebuah majlis perkahwinan menjadi perhatian di media sosial indonesia.

Dalam kejadian yang berlaku di Usang Pulau, wilayah Lampung, warga emas tersebut dilihat sibuk merakam gambar pengantin bersama tetamu undangan.

Menurut perakam video ini, dia ketika itu mengikuti ibunya ke majlis perkahwinan tersebut, namun terkejut apabila melihat aksi lincah nenek berkenaan.


Beliau terkejut melihat jurugambar warga emas ini masih sihat dan kuat.

Selain bijak mengendalikan kamera bagaikan jurugambar profesional, nenek itu juga kelihatan aktif mengatur gaya pengantin dan tetamu di atas pelamin.

Wanita tersebut dikenali sebagai Andung Nurma.Dia dikenali ramai di sekitar Lampung kerana sering menguruskan hal-hal melibatkan majlis perkahwinan seperti menjadi jurugambar, menghasilkan dekorasi serta solekan pengantin.

Orang ramai turut menyifatkannya sebagai ‘legenda yang mempunyai pelbagai bakat’ selain hasil gambar yang dirakamnya juga menarik. 

 

0/kiriman komen