Seorang lelaki akhirnya pulang ke rumahnya selepas laungan azan dikumandangkan di tempat dia hilang di sebuah ladang kelapa sawit di Jambi.
Bagaimanapun, lelaki tersebut pulang pada jam 1 pagi dalam keadaan yang bingung.
Sebelum itu sejumlah orang dewasa kelihatan mencari lelaki tersebut yang dikenali sebagai Usman di sebuah ladang kelapa sawit. Mereka menggunakan jamung untuk menerangi kegelapan malam sambil berteriak namanya.
Selain membawa jamung, mereka juga membawa peralatan dapur yang dibunyikan sambil mencari Usman.
Selepas usaha mencari tidak membuahkan hasil, sejumlah penduduk akhirnya berkumpul di tengah ladang kelapa sawit dengan seorang dari mereka melaungkan azan dengan harapan lelaki tersebut kembali.
Pada akhirnya, Usman ditemui dan kembali ke rumahnya.
Catat Ulasan