Seorang lelaki tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek menunjukkan wang sebanyak 350 juta rupiah (RM104,656) di tengah jalan raya di Tapanuli, Sumatera Utara.
Lelaki itu, Tambok Hamonagan Hutabarat sebenarnya mengeluarkan wang 350 juta rupiah dari sebuah bank sebelum mempamerkannya di atas jalan raya sambil duduk tanpa memakai baju.
Hutabart tidak mempedulikan orang ramai yang memerhatikannya. Selepas meletakkan kesemua wang tersebut, dia melihat ke langit dan berkata: “Di atas langit masih ada langit. Apa Ertinya? Sudah kaya ada lagi yang kaya.”
“Ini wang asli. Semua di sini,” katanya lagi.
Ketua Polis Tapanuli Tengah, Basa Emden Banjarnahor berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu dan Hutabart telah ditahan kerana menganggu lalu lintas.
“Polis Tapteng menahan lelaki itu yang disyaki mengalami tekanan mental kerana menganggu lalu lintas,” katanya.
Catat Ulasan