Tuang Sup Tumpah Dalam Bekas Makanan


Seorang penghantar makanan menuangkan semula sup yang tumpah ke dalam bekas sebelum menghantarnya kepada pelanggan,menjadi  tular di media sosial Singapura.


Dalam video ini, penghantar makanan tersebut dilihat membuka plastik makanan di atas tangga. Dia kemudian menuang semula sup yang tumpah di dalam plastik ke dalam bekas makanan itu.

Ia tidak bersih dan benar-benar menjijikkan. Adakah restoran itu tidak membungkus dengan betul, adakah itu punca ia tumpah atau adakah penghantar itu menjatuhkannya?

Bagaimanapun, dia sepatutnya menjelaskan kepada pelanggan dan menyerahkan kepada pelanggan untuk membuat aduan kepada restoran atau syarikat penghantaran.
 

0/kiriman komen