Buaya Pergi Sekolah


 
Seekor buaya sepanjang 4.57 meter  menyeberangi sebatang jalan raya di sebuah sekolah di Chennai, di hadapan sejumlah pemandu.

Buaya itu dilihat semasa banjir melanda kawasan tersebut.  

Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Tamil Nadu, Supriya Sahu berkata, buaya itu dilihat  selepas Taufan Michaung membawa hujan lebat sepanjang malam,  menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.


Terdapat juga buaya di beberapa kawasan berair di Chennai.

“Ia adalah haiwan yang pemalu yang sukar difahami dan mengelakkan manusia. Yang ini telah keluar kerana air melimpah akibat hujan lebat kesan daripada Taufan Michuang. Tolong jangan dekat dengan air,” kata Sahu.

Ramai yang berasa simpati terhadap buaya itu kerana berada jauh dari habitatnya kerana keadaan cuaca yang mengelirukan.

Harap ia selamat kembali ke persekitarannya.

0/kiriman komen