Curi Baju Dalam Wanita


Seorang lelaki bertopi keledar kini diburu selepas aksinya tular mencuri pakaian dalam di sebuah rumah di Banting di sini, kelmarin.


Melalui video ini  di lihat suspek berseluar pendek memanjat tembok rumah tersebut sebelum melakukan jenayahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi dengan laporan diterima daripada seorang wanita berusia 32 tahun.

Katanya, suspek dikatakan telah mencuri sepasang kasut dan sehelai baju dalam.

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan."

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan.

 

0/kiriman komen