Curi Buah Sawit Guna Myvi


Dua lelaki yang dirakam cuba mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta Perodua Myvi minggu lalu sudah diberkas polis kelmarin.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hasil daripada video yang tular itu, pihaknya berjaya menjejaki pemilik kereta dan pelakunya.

Sehubungan itu, katanya, tiga lelaki berusia antara 30 hingga 60 tahun berjaya ditahan di Parit Sulung kelmarin selain beberapa tandan buah kelapa sawit serta kereta yang digunakan tempoh hari itu dirampas.

“Semua tiga tangkapan itu dikenakan tahanan reman selama dua hari sehingga Sabtu ini (30 Disember),”katanya dalam satu kenyataan.
 

0/kiriman komen