Gali Tanah Jumpa ‘Pocong’


Seorang pekerja  lombong menemui objek menyerupai mayat dibalut dengan kain kafan.


Dalam video ini, pekerja lombong di Morowali, wilayah Sulawesi Tengah itu dilihat sedang melakukan kerja penggalian ketika waktu malam menggunakan jentera berat.

Namun, dia terkejut apabila melihat  objek berwarna putih yang menyerupai jasad manusia dengan kain kafan tertimbus di bawah tanah tersebut.

Turut kelihatan adalah apa yang didakwa menyerupai mata dalam keadaan terbuka selain kulit pucat kebiruan.

Kelihatan seperti batu. Ia kesan pareidolia kerana ia kelihatan seperti leper. Gambarnya memang menyerupai pocong, tetapi ia benar-benar seperti pocong leper.

0/kiriman komen