Orang ramai berkumpul untuk melihat seekor harimau betina yang ditemui berehat di atas sebuah tembok di daerah Pilibhit, negeri Uttar Pradesh semalam.
Haiwan itu dikatakan telah keluar dari Rizab Harimau di daerah itu dan memasuki perkampungan Atkona malam Isnin lalu.
Rakaman kejadian ini memaparkan berpuluh-puluh penduduk kampung mengerumuni kawasan harimau itu berada. Jaring keselamatan kemudian didirikan oleh jabatan perhutanan negeri.
Harimau betina itu kemudian diselamatkan dan kini berada di bawah pemerhatian doktor veterinar di kawasan hutan simpan daerah itu.
“Kami telah menyelamatkan seekor harimau betina yang dikesan di kampung Atkona. Ia sedang dalam pemerhatian doktor veterinar di Rizab Harimau Pilibhit.
“Ia adalah harimau betina muda dan berusia antara dua hingga tiga tahun,” kata timbalan pengarah rizab itu, Naveen Khandelwal.
Tambahnya, empat peluru berisi ubat pelali ditembak ke arah harimau itu di mana dua daripadanya tersasar dan satu lagi dikeluarkan oleh haiwan itu sendiri.
Catat Ulasan