Nekad Gertak Kawanan Gajah


Enggan berpatah balik, seorang lelaki nekad untuk mengambil risiko dan terus memandu menerusi kawanan gajah yang menghalang jalan.


Menerusi video ini, lelaki tersebut cuba menggertak kawanan gajah tersebut dengan harapan keretanya dapat melalui jalan tersebut dengan selamat.

“Terus (memandu). Jangan mengalah. Kalau tidak gertak dia (gajah) tidak akan ke tepi,” katanya.

Kalau jadi macam ini, ikut selera masing-masing. Kalau hendak lawan boleh, hendak gerak boleh, patah balik pun boleh. Tetapi semuanya ada risiko masing-masing.

Sekali dia libas boleh kemik kereta. Rugi sahaja gertak gajah tu.


 

0/kiriman komen