Pelancong Gondola Venice Jatuh Sungai


Beberapa pelancong Asia terjatuh ke dalam air di Venice, Itali selepas gondola dinaiki mereka terbalik di Sungai Rio de la Verona.

Ketika gondola itu menghampiri sebuah jambatan rendah, pengendali bot memberitahu penumpang agar kekal duduk bagi merendahkan pusat graviti.

Walaupun sudah menjerit, kumpulan pelancong itu tidak menghiraukan amaran pengendali bot malah mereka terus bergerak untuk menangkap gambar.

Ia menyebabkan bot itu menjadi tidak seimbang sebelum terbalik dan mengakibatkan penumpang terjatuh ke dalam air.


Melalui video ini memaparkan lima pelancong berpaut pada gondola yang terbalik serta sebuah lagi kapal lain ketika pengendalinya berusaha menyelamatkan mereka.

Seorang wanita yang panik kedengaran menjerit ketakutan dan cuba memanjat gondola berhampiran ketika penumpang lain yang berbahasa Cina cuba menenangkannya.

Kumpulan itu terdiri daripada enam pelancong. Pengendali gondola berjaya menyelamatkan salah seorang daripada mereka sebelum yang lain turut diselamatkan.

 

0/kiriman komen