Rumah Tiang Kuning ‘Viral’ Lagi


Sekali lagi netizen berasa kagum melihat persediaan rapi pemilik rumah yang pernah tular pada tahun lalu kerana membuat benteng bagi menghalang air banjir masuk.

Kejadian dirakam kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin di kawasan sekitar Pasir Puteh, Kelantan.

Pemilik rumah tersebut meletakkan benteng yang dibalut plastik putih di laluan masuk halaman rumah untuk menghalang air masuk.

Ternyata tindakan bijak itu berjaya menghalang rumah berkenaan dinaiki air walaupun kawasan sekitar tersebut telah pun berada dalam keadaan banjir akibat hujan lebat berterusan.


Masya Allah bijak sungguh tuan rumah ini buat benteng sampai air tak masuk langsung dalam halaman rumah.

Wanita yang merakam benteng buatan ini turut menjelaskan pemilik menggunakan sejenis kayu panjang yang dibaluti dan disendal dengan plastik berwarna putih.

Kemudian tuan rumah kepitkan plastik itu dan sendal atau tindih dengan batu-bata. Jadi air memang tak masuklah. Mungkin masuk sikit tapi tak perlu alih kereta macam orang lain.

Kalau tengok pun sekeliling rumahnya, tuan rumah pernah dirikan dan simen batu-bata sebagai benteng.Menurutnya beliau sudah minta kebenaran saudara tuan rumah untuk ‘review’ benteng ini.

Mungkin dia dah penat sebab tiap tahun air masuk. Kena bersih rumah, jadi dia cari penyelesaian macam ni. Baguslah.

Sebab tuan rumah dah mengalami banjir banyak kali. Jadi dia fikir untuk elak air masuk dekat rumah dia sekiranya berlaku banjir.

Pada tahun lalu, pemilik rumah yang sama pernah tular sehingga mencuri perhatian penduduk setempat kerana mencipta benteng bagi menghalang banjir memasuki rumah
 

0/kiriman komen