Bayang Hitam Didakwa Penanggal


Satu rakaman video seram menunjukkan penampakan bayang hitam pada pintu sebuah rumah di Cileungsi, daerah Bogor dalam wilayah  Jawa Barat.

Rakaman  ini menunjukkan bayang hitam bergerak-gerak pada pintu kaca rumah itu.


Pemilik rumah dikenali sebagai Acep, 36, berkata, dia membuat rakaman kerana mahu mengetahui apakah sebenarnya imej berkenaan.

“Rakaman itu dilakukan bersama isteri saya. Nyata kelihatan bayang hitam,” katanya.

Dia juga bertanya sama ada isterinya ternampak bayang hitam dan wanita itu mengaku melihat objek tersebut.

Bagaimanapun, dia menafikan melihat hantu penanggal di rumahnya seperti disebarkan netizen di media sosial.

Acep berkata, mungkin isterinya berkongsi rakaman video tersebut kepada rakan dan saudara-mara  yang kemudian disebar di media sosial sehingga ada tersilap menyatakan bahawa rumahnya mempunyai bayi sedangkan dia tidak memiliki anak kecil. 
 

0/kiriman komen