‘Bebola Api’ Terangi Langit


Sebuah ‘bebola api’ dikesan menerangi langit Jerman sebelum ia terhempas ke Bumi pada awal pagi kelmarin.

Ahli-ahli astronomi mengesahkan bahawa Asteroid 2024 BX1 atau dinamakan Sar2736 buat sementara waktu, terhempas di luar Berlin berhampiran bandar Nennhausen sekitar pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).


Kesatuan Astronomi Antarabangsa melaporkan bahawa asteroid itu pada awalnya dikesan oleh seorang ahli astronomi dari Hungary, Krisztian Sarneczky, beberapa jam sebelum ia terhempas.

Penemuan asteroid itu turut disahkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sekitar 20 minit sebelum kejadian.

Orang ramai dilaporkan memuat naik rakaman kejadian di mana batuan angkasa lepas itu jatuh dari langit di media sosial.

Insiden itu merupakan kali kelapan di mana sebuah asteroid dikesan sebelum jatuh ke Bumi dan kali ketiga ditemui oleh Sarneczky.
 

0/kiriman komen