Bilik Tong Sampah


Sebuah bilik sewa yang dihuni seorang wanita berada dalam keadaan berselerak,  kotor dan dipenuhi sampah.

Berdasarkan video ini, penghuninya  ialah seorang pelajar perempuan yang cantik dan sentiasa berpakaian menarik.


Namun,tidak menyangka sikap sebenar penyewa tersebut berbeza dengan penampilannya  setiap hari.

“Penghuninya cantik dan sentiasa kelihatan kemas apabila berada di luar. Namun, di dalam bilik,  pakaian dan barangnya bersepah. Kebetulan pintu tidak dikunci,” kata pemilik bilik sewa tersebut.

Dalam video ini juga, periuk nasi dilihat di atas lantai dalam keadaan  tidak dibasuh bersama  sisa nasi yang sudah kering.

Turut kelihatan  adalah batu lesung masih basah serta piring dengan sisa lauk yang belum dibuang.

Antara sampah lain seperti bungkusan makanan, plastik serta kesan kotor makanan pada permaidani selain almari pakaian turut berisi sampah.

“Terhidu bau busuk di luar bilik dan keadaan sangat kotor. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” kata pemilik  itu lagi.

Almari pakaian dijadikan tong sampah.Terus usir sahaja perempuan itu.
 

0/kiriman komen