Bola golf melayang di ruang udara dan jatuh di tengah lebuh raya berhampiran Tol Rawamangun di Jakarta.Kejadian itu mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Dalam video ini, sebiji bola golf secara tiba-tiba melayang ke tengah lebuh raya, namun tidak mengenai sebarang kenderaan.
Jalan berhampiran Tol Rawamangun ini dikatakan sering mengalami situasi bola golf melayang masuk ke tengah jalan. Ia amat berbahaya jika terkena pada kenderaan. Hati-hati kepada pengguna jalan raya.
Berdasarkan maklumat dalam aplikasi pemetaan Google Maps, plaza tol tersebut terletak berhampiran sebuah padang golf tertua di Indonesia yang mempunyai keluasan mencapai 43 hektar.
Bola golf yang kerap melayang ke tengah jalan dipercayai datang dari padang golf berkenaan.
Tidak pernah ada usaha penambahbaikan daripada pengurusan kelab golf seperti menambah jaring di tepi jalan.
Catat Ulasan