Gadai Nyawa Berenang Bawa Jenazah


Sekumpulan penduduk kampung di Pesisir Barat, wilayah Lampung terpaksa mengharungi arus deras dan berenang di sebatang sungai sambil membawa jenazah yang hendak dikebumikan.

Penduduk Kampung Pemerihan bertindak demikian disebabkan tiada jambatan dibina di sungai tersebut.

Sungguh prihatin warga Kampung Pemerihan membawa jenazah menyeberangi Sungai Way Pemerihan Selasa (kelmarin).

Menurut seorang penduduk dikenali sebagai Roziddin, situasi itu berlaku setiap kali ada penduduk yang meninggal dunia ketika musim tengkujuh.

“Kami sangat memerlukan bantuan pemerintah pusat untuk membina jambatan menuju ke kawasan perkuburan,” katanya.


Dalam video ini, sekumpulan penduduk dilihat bertungkus-lumus membawa jenazah menyeberangi sungai dalam keadaan arus deras.

Jenazah tersebut diletakkan di atas pelampung daripada tayar kenderaan.

Penduduk turut berenang dan mendorong jenazah untuk sampai ke seberang sungai sebelum menuju ke kawasan perkuburan.

Sedih kerana masih ada kejadian seperti ini.
 

0/kiriman komen