Rakyat Malaysia di Jepun, termasuk pelajar dan pegawai di Kedutaan Malaysia dilaporkan selamat susulan gempa bumi kuat yang melanda negara tersebut, semalam
Menurut sumber pihak berkuasa, Kedutaan Malaysia juga sedang memantau sebarang perkembangan terkini dengan pihak berkuasa di Jepun.
Dalam pada itu, enam orang pelajar Malaysia di Jepun yang sedang bercuti di Ishikawa juga dilaporkan dalam keadaan selamat.
Ketika ini mereka sedang berlindung di kawasan tinggi.
Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan tengah Jepun semalam sekali gus mencetuskan amaran tsunami.
Gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai di Tokyo dan seluruh wilayah Kanto.
Gelombang tsunami berbahaya mungkin berlaku di sepanjang pantai Jepun dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa
Catat Ulasan