Hantar Makanan Naik Kuda


Seorang penghantar barang di negeri Hyderabad dirakam menaiki seekor kuda untuk menghantar makanan.

Pekerja syarikat penghantaran makanan, Zomato itu tiba di sebelah Hotel Imperial yang terletak di Chanchalguda. Dia juga melambai tangan kepada orang ramai.

Ketika bercakap dengan seorang pejalan kaki, lelaki itu berkata, dia memilih untuk menunggang kuda selepas stesen-stesen minyak kehabisan petrol.


“Tiada petrol. Saya menunggu dalam barisan selama tiga jam. Saya keluar selepas mengambil pesanan tetapi gagal mendapatkan petrol,” katanya.

Jalan-jalan utama di Hyderabad mengalami kesesakan semalam ketika sebilangan besar penduduk keluar untuk mendapatkan bekalan minyak. 

Stesen-stesen minyak kemudian ditutup selepas kehabisan petrol susulan mogok dilancarkan oleh sebilangan besar pemandu lori sejak kelmarin.
 

0/kiriman komen