Kedai Makan Bungkus, Kira Sendiri


“Kali pertama jumpa kedai makan macam ni. Mereka tak takut kena curi?”

Itu persoalan pertama yang pasti bermain di fikiran ketika mengunjungi sebuah kedai menjual nasi dan lauk-pauk berkonsepkan layan diri, di Puchong.


Menerusi video ini, bayaran juga boleh dibuat secara harian, mingguan atau bulanan.

Pertama kali kita jumpa kedai macam ni yang jual lauk-pauk Melayu sedap dan harga berpatutan. Tiada tempat duduk, hanya untuk tapau sahaja. Memang pasti ramai yang beli kat situ.

Paling unik ia berkonsepkan layan diri daripada ambil lauk, bungkus, kira, bayar dan ambil baki sendiri dalam bekas yang disediakan. Persoalan kita, penjual ni tak takut ke orang ambil kesempatan?.

Malah ramai yang tertanya-tanya mengapakah konsep berkenaan diketengahkan pemilik.

Rasanya dia macam nak buat sedekah sama kot. Dia mesti tau ada yang tak bayar punya.

Power iman tuan kedai ni, pegang dengan rezeki Allah.

Dalam masa sama, ada yang mendakwa konsep berkenaan mula digunakan susulan pemiliknya kekurangan pekerja.

Dulu boleh makan kat situ tapi sejak dia orang tak cukup staf sebab ada katering, ubah buat macam ni. Serius sedap, murah pulak tu. Saya hari-hari beli situ yang penting kena jujurlah.
 

0/kiriman komen