Meninggal Dunia Sebelum Sempat Baca Doa Qunut


Seorang imam di Masjid Al Ula, Kampung Baru, Balikpapan Barat, Kalimantan Timur, Indonesia rebah sebelum sempat membacakan doa qunut ketika menunaikan solat subuh.

Individu itu dilaporkan meninggal dunia ketika sedang dalam keadaan sujud dan terus tidak sedarkan diri.

Terkejut dengan situasi tersebut, salah seorang jemaah di situ kemudiannya terus bangun dan mengambil alih tugasnya sebagai imam di barisan hadapan.


Berdasarkan maklumat awal diterima, mangsa dikenali sebagai Andi Syamsul Bahri dan merupakan pemilik sebuah premis Farmasi Arif Rahman di Balikpapan Barat.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai yang mengenali mangsa berkongsi rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Sesungguhnya dia seorang yang baik, anak-anaknya juga telah hafal al-Quran, semoga Allah menerima amalnya dan dimasukkan ke dalam syurga, amin.

Untuk rekod, pada Jun lalu, seorang khatib masjid, Muhammad Darso dilaporkan meninggal dunia ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Uswatun Hasanah Jami Dusun Selogiri, Desa Ketapang, Kabupaten Banyuwangi, Indonesia.

Tokoh pendakwah itu kemudiannya dibawa ke klinik berhampiran oleh orang ramai namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika kejadian.
 

0/kiriman komen