Monyet Guna Sistem Barter


Seekor monyet di India mencuri sebuah telefon bimbit jenama iPhone milik seorang lelaki sebagai pertukaran kepada makanan.

Kejadian berlaku di bandar Vrindavan pada 6 Januari lalu.

Dalam video ini memaparkan dua monyet sedang duduk di atas tembok dengan seekor memegang telefon milik lelaki tersebut.


Orang ramai dilihat mengelilingi kawasan itu dan cuba membantu mendapatkan semula telefon yang dilarikan.

Mereka kemudian mencapai persetujuan dengan melempar sebungkus Frooti (minuman berperisa mangga) kepada monyet tersebut.

Sebaik sahaja monyet itu menangkap minuman yang dilontar, ia melemparkan telefon yang dipegang ke bawah sebelum ditangkap oleh seorang penduduk.

Netizen berpendapat haiwan berkenaan telah belajar mencuri telefon untuk mendapatkan makanan.

Ini dipanggil sistem barter.

0/kiriman komen