Pekerja Farmasi ‘Kantoi’ Mencuri


Seorang pekerja sebuah farmasi di Indonesia dituduh mencuri wang tunai 500,000 rupiah (RM150) setiap hari sehingga dapat membeli telefon bimbit, kereta dan tanah.


Berdasarkan video ini, seorang wanita yang didakwa pemilik farmasi tersebut dilihat sedang menggeledah beg tangan pekerjanya.

Pelaku hanya berdiam diri ketika begnya diperiksa, manakala wajah pemilik farmasi itu kelihatan merah padam akibat menahan marah.

Beberapa bukti turut dipaparkan dalam hantaran tersebut termasuk wang yang dicuri, bukti pembelian sebuah telefon bimbit jenama iPhone serta surat pembelian tanah dan kereta.

Turut disertakan adalah foto memaparkan pekerja wanita berkenaan bergambar di hadapan sebuah kereta jenama Toyota yang baru dibelinya.

Sekeping nota yang ditulis pelaku mengenai sasaran wang yang dicurinya di farmasi tersebut turut ditemui di dalam begnya.

Padahal wajahnya nampak seperti orang baik.

0/kiriman komen