Penampakan UFO 3 Cahaya


Sejumlah penduduk di Beijing dan beberapa bandar berdekatan melihat tiga cahaya yang bergerak seperti awan, dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO).

UFO tersebut berupa bola cahaya berkabus yang bergerak dari barat ke timur tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Ketika kejadian cuaca di Beijing cerah, manakala objek bercahaya itu bukan pesawat kerana tiada lampu yang berkelip-kelip.


Bola cahaya itu dilihat dari langit Beijing hingga ke bandar Tianjin dan wilayah Shanxi di tengah China.

Objek itu mempunyai tiga sumber cahaya dan berbentuk segitiga sebelum hilang tanpa jejak.

Seorang ahli astronomi turut mengemukakan teori bahawa UFO tersebut mungkin roket angkasa lepas yang digunakan untuk melancarkan satelit Starlink milik SpaceX pada Ahad lalu.
 

0/kiriman komen