Penumpang Pesawat ‘Berkelah’


Sebuah syarikat penerbangan tambang murah di India membuat permohonan maaf selepas satu rakaman video tular menunjukkan kumpulan penumpangnya makan dan duduk di atas landasan.


Satu penerbangan pesawat IndiGo yang menuju ke Delhi dari Goa pada Ahad lalu terpaksa dilencongkan dan mendarat di lapangan terbang Mumbai awal pagi kelmarin. Ia berikutan cuaca buruk yang melanda, demikian menurut kenyataan syarikat tersebut.

Situasi itu menyebabkan penumpang-penumpang pesawat tersebut tidak mempunyai pilihan selain duduk di atas landasan lapangan terbang tersebut.

Sebahagian daripada mereka dilihat sedang makan, manakala yang lain bermain telefon bimbit masing-masing bagi mengetahui status penerbangan mereka.
 

0/kiriman komen