Sebuah pesawat yang membawa lebih 300 penumpang terbakar di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo semalam selepas berlanggar dengan sebuah pesawat Pengawal Pantai.
Rakaman video ini menunjukkan pesawat Japan Airlines terbakar ketika ia berada di landasan dengan api marak dilihat keluar dari tingkap penumpang.
Pesawat itu bertembung dengan sebuah pesawat Pengawal Pantai ketika ia melalui landasan dengan perlanggaran itu menyebabkan pesawat terbakar.
“Ia terbakar di hadapan saya,” kata seorang saksi .
Beberapa pasukan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dengan anggota bomba bertungkus-lumus cuba memadamkan api.
update..
Lima orang maut apabila sebuah pesawat Japan Airlines berlanggar dengan pesawat milik Pengawal Pantai Jepun di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo semalam.
Mangsa-mangsa yang terbunuh merupakan anggota Pengawal Pantai, manakala kesemua 379 penumpang pesawat komersial tersebut selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Dalam nahas itu, kedua-dua pesawat terbakar, namun penumpang pesawat Japan Airlines sempat keluar dengan selamat.
Menurut polis, lima daripada enam anggota Pengawal Pantai Jepun yang menaiki pesawat kedua disahkan meninggal dunia kecuali juruterbang.
Pesawat Pengawal Pantai yang berpangkalan di lapangan terbang tersebut dilaporkan sedang bergerak di landasan sebelum ia bertembung dengan pesawat Japan Airlines kira-kira pada pukul 5.50 petang (waktu tempatan).
Kebakaran tersebut menyebabkan empat landasan di lapangan terbang berkenaan ditutup, demikian menurut Kementerian Pengangkutan.
Catat Ulasan