Polis Buru Iriz Biru Berhenti Mengejut


Polis sedang mengesan sebuah kereta jenis Proton Iriz yang membuat halangan di kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya terkesan kejadian tersebut menerusi video yang tular.


Katanya, video ini  memperlihatkan kereta berwarna biru tersebut telah membuat halangan yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kereta terbabit dipandu dari arah Batu Caves menghala ke arah Ampang.

Setibanya di lokasi kejadian, kereta yang dipandu di lorong tengah tersebut telah menukar haluan ke lorong paling kanan.

Susulan itu, pemandu kereta terbabit telah memperlahankan kenderaan dan berhenti selama beberapa saat sebelum kembali bergerak meneruskan perjalanan,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Noor Ariffin meminta pemandu kereta tersebut dan pemilik rakaman papan pemuka (dashcam) yang merakamkan kejadian untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.
 

0/kiriman komen