Seorang penunggang motosikal terpaksa meminta bantuan polis trafik untuk mengiringinya gara-gara dikejar pengutip hutang.
Dalam video ini, seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke Jakarta dari Depok memberitahu bahawa dia dikejar pengutip hutang walaupun kenderaannya dibeli secara tunai.
Disebabkan berasa terancam, dia menunggang motosikalnya ke arah balai polis Jalan Margonda Raya bagi meminta bantuan pihak berkuasa.
“Beli motosikal Honda PCX 160 secara tunai, namun tiga pengutip hutang mahu menarik kenderaan itu kerana mendakwa pembayarannya belum dibuat."
Mangsa meminta bantuan polis untuk mengiringi perjalanannya, manakala suspek melarikan diri selepas dihampiri polis.
Sementara itu, pegawai polis yang mengiringi mangsa, Kristianto berkata, ketika melalui Jalan Juanda, motosikal ditunggang mangsa dihentikan secara paksaan oleh beberapa individu yang mengaku mereka pengutip hutang.
“Meskipun suspek telah melarikan diri, polis berusaha memberikan rasa selamat kepada pelapor dengan menawarkan perlindungan,” ujarnya.
Catat Ulasan