Tidak Mahu YB Kawasan Dapat Nama


Seorang penduduk  mengambil inisiatif menurap jalan berlubang di Klang Selangor dan meletakkan sebaris ‘ayat sinis’ pada jalan yang baru di tar.

Beliau dikatakan tidak berpuas hati apabila wakil rakyat di kawasan itu mengabaikan pembaikian jalan berlubang sehingga menyebabkan ada penunggang motor yang jatuh.

Atas sebab itu, dia membuat keputusan menampal sendiri jalan tersebut sambil mengecat satu perkataan yang tertulis “duit saya” bagi memberikan mesej jelas bahawa kerja-kerja baik pulih jalan yang berlubang dibuat menggunakan wang orang awam.

“Ini duit saya, ini duit anda, ini bukan duit Yang Berhormat (YB).

“Kita buat macam ni supaya mereka tak claim. Kalau tak, (walaupun) kita pakai duit sendiri, orang akan claim. Faham tak? Nasib baik faham,’ ujarnya dalam video itu.


Video ini dirakam di Taman Sentosa, Klang, Selangor.

Ramai yang mempertikaikan pihak berwajib di kawasan berkenaan yang didakwa gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

Kesian rakyat kita. Kena keluar duit sendiri padahal kita bayar cukai.

ADUN Sentosa dah biasa menghilang bila diperlukan!


 

0/kiriman komen