Wanita Hampir Lemas


Tindakan pantas seorang lelaki berjaya menyelamatkan seorang wanita yang hampir lemas ketika mandi di sebuah taman rekreasi.


Menerusi video ini, individu berkenaan pada mulanya hanya merakam suasana di taman rekreasi tersebut sebelum detik-detik mencemaskan itu berlaku.

Seorang wanita dilihat terkapai-kapai sebelum seorang lelaki bertindak pantas berenang untuk menyelamatkan mangsa.

Difahamkan kejadian mencemaskan itu berlaku di Lata Sedim, Kedah.

Mujur abang tu nampak sebab orang lemas memang susah hendak menjerit, bukan macam dalam filem boleh menjerit minta tolong.

Kalau tak pandai berenang, janganlah berani ke tengah. Nasib baik ada orang boleh selamatkan.

Bahaya pakai tudung kain untuk berenang memang kalau tekup muka udara susah masuk dan berat sebab air. Bayangkan letak baju basah atas kepala masa tenggelam. Tolonglah nak main air sungai ke kolam ke pakai tudung khas untuk berenang.
 

0/kiriman komen