Bonceng Datuk Masuk Dalam Wad Kecemasan


Seorang lelaki mencetuskan kekecohan di sebuah hospital di bandar Satna, negeri Madhya Pradesh apabila membawa masuk datuknya ke dalam wad kecemasan dengan menaiki sebuah motosikal.

Lelaki bernama Deepak Gupta itu ialah pekerja unit sumber luar Hospital Daerah Sardar Vallabhbhai Patel.


Gupta membawa datuknya, Moti Lal Gupta dengan menaiki motosikal ke dalam wad kecemasan sambil dibonceng seorang lagi individu pada Sabtu minggu lalu.

Hospital itu dilengkapi pengusung dan pelbagai kemudahan lain, manakala tindakan Gupta masih disiasat oleh pihak pengurusan.

Pegawai Perubatan Serantau, Sharad Dubey berkata: “Seorang pengawal memaklumkan saya tentang kejadian semalam (Sabtu lepas). 

“Memandangkan dia pekerja sumber luar, saya akan mendapatkan maklum balas daripada majikannya."

 “Saya rasa dia tergesa-gesa dan tidak melakukan perbuatan itu dengan sengaja,” katanya.
 

0/kiriman komen