Meninggal Dunia Ketika Sujud


Seorang lelaki yang  solat berjemaah di sebuah masjid di wilayah Riau meninggal dunia dalam keadaan bersujud.

Kejadian berlaku pada 24 Januari lalu di Masjid Baitul Iman, Siak.

Daripada rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), barisan jemaah dilihat solat dengan khusyuk.


Selepas bersujud, salah seorang daripada jemaah yang memakai baju berwarna putih dilihat tidak bangun dan bergerak ketika jemaah lain meneruskan solat.

Seorang jemaah yang duduk di sebelahnya kemudian keluar daripada solat dan cuba membantu lelaki berkenaan.

Seorang jemaah wanita turut berlari ke arahnya bagi membantu lelaki tersebut.

Namun, dia tetap tidak bergerak sebelum terbaring longlai di atas permaidani masjid dan disahkan meninggal dunia.

Kematian yang saya idamkan. Semoga Allah kabulkan.
 

0/kiriman komen