Mercedes-Benz Terbakar


Seorang pemandu serta penumpang berdepan detik cemas apabila kereta jenis Mercedes-Benz CLA 200 dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Kilometer 82 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini kelmarin.

Kedua-dua mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dilaporkan selamat apabila sempat keluar dari kereta sebelum kebakaran merebak, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berhubung kejadian pada pukul 3.18 petang hari berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran melibatkan sebuah kereta Mercedes-Benz CLA 200 terbakar hampir 90 peratus di bahu lebuh raya berdekatan susur keluar ke Gurun. Tindakan memadamkan api dilakukan dan api dapat dikawal kira-kira 30 minit kemudian,” katanya.
 

0/kiriman komen