Pocong Atas Penunggang Motosikal


Satu lembaga dipercayai pocong bertenggek di atas kepala seorang penunggang motosikal di jalan raya.

Video ini  dirakam oleh seorang lelaki dan wanita yang berada di dalam sebuah kereta di jalan sama.

Ketika kejadian, keadaan jalan raya  lengang, manakala kereta dan motosikal itu dipandu agak laju.


Lelaki dan wanita di dalam kereta itu kemudian melihat lembaga putih menyerupai pocong berada di atas sebuah motosikal di hadapan mereka.

Selepas diperhatikan lebih teliti, pocong tersebut berdiri di atas penunggang motosikal berkenaan sebelum kelibatnya hilang apabila penunggang itu memecut laju.

Saya menonton video ini dengan kelajuan 0.5x, dan ia jelas kelihatan pocong sedang bertenggek di atas topi keledar.
 

0/kiriman komen