Puntianak Terbang


Lembaga dipercayai puntianak berdiri tegak sebelum terbang.
Kejadian berlaku di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan.

Berdasarkan video ini, susuk misteri seperti tubuh manusia dilihat berdiri tegak dalam persekitaran  gelap.


Dalam keadaan samar itu,  pakaian berwarna putih dan rambutnya yang panjang mengurai masih kelihatan.

Satu suara misteri yang menyeramkan turut didengari dalam video tersebut sebelum lembaga itu terbang dan menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bontonompo Selatan, Rahmat T berkata, kejadian  berlaku di Kampung Tanrara.

Pihaknya kini menyiasat kesahihan video tersebut.

“Polis setempat telah menghubungi ketua kampung, namun tiada sebarang laporan diterima daripada penduduk mengenai kejadian itu setakat ini,” katanya
 

0/kiriman komen