Saya Hanya Simpan RM200


Terpamer senyuman kegembiraan di wajah seorang warga asing apabila menerima gaji setelah membanting tulang bekerja sebagai kontraktor di sebuah tapak pembinaan.

Lelaki dipercayai warga Bangladesh itu kelihatan gembira menunjukkan gajinya yang berjumlah sebanyak RM4,200.

Namun begitu, katanya yang berbaju warna merah jambu dia hanya menyimpan sebanyak RM200 sahaja untuk keperluan makan dan minum manakala selebihnya akan dikirim ke kampung.

“Satu bulan saya kerja dapat RM4,200. Bos saya sudah kasi saya itu wang. Tapi semua saya kirim kampung, RM200 sahaja saya ambil."

“Saya baju tak ada beli, seluar tak ada beli. Semua duit hantar sama kampung,” katanya.


Di dalam video ini juga kelihatan rakannya berbaju warna oren turut tersenyum gembira menunjukkan gaji yang diterima dalam bentuk wang tunai.

Difahamkan kedua-dua warga Bangladesh itu bekerja di tapak perumahan baru yang terletak di Johor Bahru.

Kadang-kadang kesian tengok dorang kerja keras demi menyara keluarga dekat kampung. Moga rezeki mereka diperluaskan.

Saya hormat orang macam ni walaupun penat kerja tengah panas tetapi masih kerja untuk dapatkan rezeki. Siapa sahaja yang sanggup kerja tengah panas.

Dalam masa yang sama ada juga turut terkejut dengan jumlah gaji mereka yang boleh dikatakan lebih tinggi daripada graduan lepasan universiti baru.


 

0/kiriman komen