Terhempas Di Lebuh Raya


Sebuah pesawat ringan terhempas di lebuh raya rentas negeri di Naples petang semalam, menyebabkan dua orang terbunuh, kata Pejabat Syerif Daerah Collier .

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), jet peribadi  jenis Bombardier Challenger 600 itu membawa lima orang tetapi setakat ini, nasib tiga lagi penumpangnya tidak diketahui.


Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Universiti Negeri Ohio sekitar pukul 1 tengah hari  (waktu tempatan) ke Lapangan Terbang Naples.

Juruterbangnya  meminta untuk melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Naples selepas melaporkan kedua-dua enjin pesawat gagal berfungsi sejurus selepas pukul 3 petang (waktu tempatan).

Pesawat dilaporkan merempuh sebuah kenderaan ketika terhempas di lebuh raya tersebut.

Pejabat syerif berkata, semua lorong arah selatan lebuh raya ditutup, manakala  lorong arah utara turut terjejas.

“Elakkan kawasan ini  dan berhati-hati,” kata pejabat syerif dalam satu amaran lalu lintas.

Pihak FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan menyiasat punca nahas itu. 
 

0/kiriman komen