Seorang bapa tersilap menyebut nilai mas kahwin ketika menikahkan anak perempuannya.
Berdasarkan video kejadian ini, pasangan pengantin dilihat sedang duduk di hadapan bapa pengantin perempuan semasa acara akad nikah.
Bapa pengantin perempuan kemudian tersilap menyebut mas kahwin 10 gram emas kepada 10 kilogram emas.
Kesilapan itu membuatkan kedua-dua pengantin, keluarga dan tetamu jemputan yang hadir ketawa.
Menurut sumber ianya tanpa diduga, bapa pengantin perempuan gementar dan tersalah menyebut jumlah mas kahwin.
Acara akad nikah itu diadakan di Hambi pada 10 Februari lalu.
Catat Ulasan