Orang ramai menunjukkan semangat kemanusiaan luar biasa di stesen Vashi Navi, Mumbai apabila mereka menolak sebuah kereta api 12 gerabak dalam usaha menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap.
Rakaman video insiden ini menunjukkan orang ramai menolak gerabak kereta api itu.
Pegawai kereta api mengesahkan kejadian itu sebagai kes pencerobohan landasan. Beliau menekankan pentingnya menggunakan jejantas ketika melintas landasan.
Dalam kejadian itu, lelaki tersebut mendapati dirinya dalam bahaya semasa melintas landasan kereta api.
Namun, kereta api yang membawa 12 gerabak itu mengaktifkan brek kecemasan, menyebabkan lelaki itu tersepit di bawah tren.
Orang ramai di lokasi kejadian kemudian mengerahkan tenaga untuk menolak gerabak kereta api di landasan tersebut.
Percubaan awal tidak membuahkan hasil. Bagaimanapun mereka tidak berputus asa dan berjaya mengalihkan gerabak berkenaan untuk mengeluarkan mangsa.
Catat Ulasan